Monday, February 1, 2016

Model Terkenal Intim Dengan CEO Muda Di Tokyo

Jarang sebenarnya kita dengar gosip-gosip liar tentang model. Biasanya yang dilambakkan di majalah-majalah dan akhbar-akhbar hanyalah cerita sensasi tentang penyanyi atau pelakon. Tapi model yang seorang ini lain dari yang lain.Popularitinya melebihi pelakon-pelakon dan penyanyi-penyanyi dalam negara kita ini. Kalaulah boleh saya tuliskan namanya, mesti semua pembaca kenal.


Walaupun selama ini jarang kita dapat dengar gosip liar tentang model yang seorang ini, tapi baru-baru ini ada sumber yang membawakan cerita hangat tentang beliau. Khabarnya, model ini sedang hangat bercinta sekarang! Dan pasangan beliau tu bukanlah calang-calang orang. Eksekutif muda.Bakal CEO sebuah syarikat multinasional! Hebat betul penangan model tinggi lampai ini.


​Pasangan ini dilihat intim di Tokyo baru-baru ini. Model tersebut ke Tokyo untuk menghadiri satu pertunjukan fesyen. Yang romantisnya, bakal CEO muda ini sanggup terbang ke Tokyo untuk meluangkan masa bersama model jelita ini.Beruntunglah badan. Sudahlah sekarang dilimpah dengan macam-macam rezeki, hati pula dah dicuri pemuda tampan berjaya. Apa-apa pun, kita doa yang baik-baik untuk mereka.

2 comments: